Sunday, 27 May 2012

PENING?? mari baca untuk merawatnya

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 5:17 pm
salam.gif (482×90)

korang semua mesti pernah pening kepala kan??
memang tidak dinafikan..
ianya sangat menyakitkan!
mrs s sendiri pon selalu pening kepala..
(kesian mr s selalu risaukan mrs s)

tadi mrs s sengaja merajinkan diri untuk mencari tahu..
kira-kira apa penawar untuk sakit sebegini
alhamdulillah~ mrs s da pun jumpa..
so jom sama-sama kita belajar macam mana nak mengatasi sakit kepala ini..

 
Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai - 
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________
ok?\
mrs s pon nk try cuba jgk ni..
tapi ape2 pun..
INGAT!!!
jika terlalu kerap..
SILA DAPATKAN PEMERIKSAAN LEBIH LANJUT DI HOSPITAL/KLINIK DENGAN SEGERA!!

sign.png (255×74)

0 00 berkongsi pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Mr Syahmi & Mrs Shahiera for ever! Copyright © 2012 Design and Graphic by Mr Syahmi and Mrs Shahiera Template