Monday, 28 May 2012

kek special 4 mr s !! | belajar buat kek mudah

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 10:23 am
salam.gif (482×90)

woww mrs s buat kek??
haha baru blaja2 ni..
(tu pon mr s suruh wt..haha)

ok so nak tahu caranya??
senang je..
mrs s google jek cara nak buat kek..
mudah kan??

ok tapi mrs s nak sharekan satu resipi yang paling mudah yang era jumpa
teruskan membaca~


Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com 

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Senang je..
selamat mencuba!!

NOTA CINTA: jom tengok muke mr s bile dapat kek ..heheee


kah3~!
sejok hati bile si dia menghargai apa yang kita buat kan?
sign.png (255×74)

0 00 berkongsi pendapat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Mr Syahmi & Mrs Shahiera for ever! Copyright © 2012 Design and Graphic by Mr Syahmi and Mrs Shahiera Template