Thursday, 31 May 2012

Terima Kasih Mrs S!!

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 2:50 pm 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)
hahaha.. da lme rse ny mr s x update blog nie.. 
asik mrs s jek.. 
x pe2 kli nie mr s yg update lak..
nk tau x ap lg yg mrs s wat tok mr s
nie dy

thanks so much mrs s..
kek coklat nie mmg sdap!!
tp tok mr s sorg jek k..
heeeeeeee
i love u so much mrs s!!
sign.png (255×74)


Monday, 28 May 2012

kek special 4 mr s !! | belajar buat kek mudah

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 10:23 am 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

woww mrs s buat kek??
haha baru blaja2 ni..
(tu pon mr s suruh wt..haha)

ok so nak tahu caranya??
senang je..
mrs s google jek cara nak buat kek..
mudah kan??

ok tapi mrs s nak sharekan satu resipi yang paling mudah yang era jumpa
teruskan membaca~


Kek Coklat Moist ( Kukus)
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com 

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.


Senang je..
selamat mencuba!!

NOTA CINTA: jom tengok muke mr s bile dapat kek ..heheee


kah3~!
sejok hati bile si dia menghargai apa yang kita buat kan?
sign.png (255×74)

cinta bersatu | S&S

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 10:09 am 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

pagi2 bukak tv3 mrs s terus tengok MHI..
alaaa yang ada elly iskandar tu (betul ke eja nama dia ni?)

weee~
hari ni ada liyana jasmay!
dan dia nyanyi lagu cinta bersatu~!
wooo my favourit song..

bagi mrs s lagu ni banyak makne yang tersurat dan tersirat..
jom layan lagu ni..

Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/02/lirik-lagu-cinta-bersatu-liyana-jasmay.html#ixzz1wBXPHBO6


NOTA CINTA:
lagu ni untuk mr s yang tersayang!! heeee
love u sooooo much mr s..
terjiwang lak den hari ni..lalalallalalal~
sign.png (255×74)

Sunday, 27 May 2012

wangikan kentut anda sekarang!!

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 5:39 pm 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

anda mengalami masalah gemar kentut..
atau nama comelnya buang angin??

relax2..
ade penawarnya..
hahahah..kentut pon bole wangikan tau..
tapi bukan korang g minum perfume korang dalam sebotol..
bukan3!!!
Cara nak hilangkan bau kentut adalah dengan mengambil probiotik seperti yogurt iaitu kultur hidup yang berguna dalam mengurangkan kembung perut selain mengurangkan bau tetapi tidak menukar baunya menjadi wangi. Kalau nak kentut wangi, korang mungkin boleh menggantungkan 1 botol minyak wangi di bahagian dubur.
Suplemen enzim pencernaan juga membantu mengurangkan jumlah angin yang disebabkan beberapa komponen makanan yang tidak dicerna oleh badan dan seterusnya menggalakkan tindakan mikrob dalam usus kecil dan besar. Suplemen nih korang boleh carik kat farmasi mana la tau nak kurangkan bau busuk kentut tu iaitu enzim alfa-galaktosidase, laktase, amilase, lipase, protease, sellulase, glucoamylase, invertase, pectinase, dan bromelain.
so cuba korang try..
bagi yang suka keluarkan angin tu yang sngat busuk bole try ini k..
kot-II bole wangi betul ke?
tak kan korang tengah2 date terkentut lepastu bau busuk??
konfem awex/pkwe lari..
haha..

harap pengetahuan ni boleh di cuba lebih-lebih lagi bagi kaum hawa..
yang sngat sensitif dengan KENTUT~

~belum cuba..belum tahu~

NOTA CINTA: lelaki suka bau kentut perempuan?? betol ke?? hahahahahahahah..

sign.png (255×74)

PENING?? mari baca untuk merawatnya

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 5:17 pm 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

korang semua mesti pernah pening kepala kan??
memang tidak dinafikan..
ianya sangat menyakitkan!
mrs s sendiri pon selalu pening kepala..
(kesian mr s selalu risaukan mrs s)

tadi mrs s sengaja merajinkan diri untuk mencari tahu..
kira-kira apa penawar untuk sakit sebegini
alhamdulillah~ mrs s da pun jumpa..
so jom sama-sama kita belajar macam mana nak mengatasi sakit kepala ini..

 
Sebab atau Punca Pening:

Demam atau selesema.[ menyerang seluruh kepala]
Radang hidung.[depan kepala, selalu waktu pagi]
Radang otak.[pening terus-menerus]
Penurunan penglihatan.[Pening depan kepala, sakit sebab letih]
Hipertensi.[Rasa sakit di bahagian belakang kepala]
Gangguan saraf.[Rasa sebahagian kepala, pada waktu pagi, rasa nak muntah]

Cara atau kaedah Merawat Pening kepala:

Mengikat Serban -
 Ia boleh mengatasi pening dan migrain. Cuma cara berbeza, ada yang mampu disejukkan dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan samaada dengan ais , atau ada yang sembuh dengan dikepalanya diletak kain yang dibasahkan dengan air yang dipanaskan seperti tuam. Ada yang berehat atau kurang bercakap saja sudah sembuh.

Merawat dengan Inai 
Sifatnya sejuk dan mudah kering. Inai yang ditumbuk halus dan dicampur luka dan dibalut di kepala. Boleh hilangkan rasa denyutan pening. Selain itu, boleh merawat luka terbakar/. Jika dikunyah pula, sesuai juga merawat pecah-pecah pada mulut bayi. Malah jika dibalut, sesuai merawat mata bisul.

Merawat dengan Berbekam-
 Rasulullah bersabda , "berbekamlah'-tatkala ada orang mengadu sakit kepala.

__________

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"
Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]
__________
ok?\
mrs s pon nk try cuba jgk ni..
tapi ape2 pun..
INGAT!!!
jika terlalu kerap..
SILA DAPATKAN PEMERIKSAAN LEBIH LANJUT DI HOSPITAL/KLINIK DENGAN SEGERA!!

sign.png (255×74)

nak kurus?? tengok sini..TAK PAYAH DIET!!

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 2:38 pm 1 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

nak kurus??
tengok ni..





amacam????
hahahahahahahahahahaha..
amboyyyy..
nak kurus sila la try diet pemakanan yang sihat..
mena boleh kalau x diet..kan3??
~just 4 joke~

sign.png (255×74)

tanda si dia benar-benar serius suka kan anda~

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 2:15 pm 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

macam mana nak tahu si dia benar-benar suka kan anda..
teruskan pembacaan anda~


1)Tak Lupa Menelefon Tiapkali Ada Kesempatan
-Asal saja ada kesempatan,si dia pasti akan menelefon anda bertanya khabar dan lain-lain.Kerana menyukai anda,si dia tidak pernah bosan menghubungi untuk berbicara dan mendengar suara anda sekerap mungkin. 

2)Ingat Apa Yang Anda Katakan
-Si dia selalunya mudah mengingati apa saja yang pernah anda katakan,walaupun ia sekadar hal yang kecil.Malah dia tahu dan ingat apa yang menjadi kegemaran atau pun kebencian anda.Misalnya buku kegemaran anda,lagu favorite,makanan kesukaan dan lain-lain.Inilah tandanya si dia memang mahu memberikan perhatian lebih disebabkan perasaan suka dan sayang yang ada dalam dirinya. 

3)Sentiasa Ada Alasan Untuk Bersentuhan
-Orang yang menyukai seseorang pasti akan sentiasa berusaha untuk seakrab mungkin dan sering bersentuhan dengan orang yang disukai demi untuk membina ikatan secara emosional sebelum meluahkan cinta.Jika si dia tak lupa meraih tangan anda tiapkali melintas jalan,memimpin anda tiapkali menaiki tangga atau pun sentiasa ingin duduk berdekatan,memang jelas si dia sedang berusaha untuk lebih rapat dengan anda. 

4)Sering Ingin Menatap Wajah Anda
-Si dia pasti tidak terlepas dari memandang dan menatap wajah anda samada saat berdekatan atau tidak.Bila bersama,si dia sering ingin duduk berhadapan agar dapat sepuas mungkin menatap wajah orang yang disukainya.

5)Memberikan Perhatian Pada Akaun Social Media Anda
-Jika anda telah terhubung dengan si dia di akaun Facebook,Twitterdan lain-lain,pastinya anda dapat mengetahui perasaannya pada anda.Sekiranya si dia tak lupa memberikan komen,menekan butang like tiapkali anda update status,itu bermakna si dia memberikan perhatian lebih dan seboleh mungkin mahu berkomunikasi dan berhubung dengan anda sekerap yang dapat.

6)Tidak Malu Mengenalkan Anda Pada Kawan-Kawan Dan Keluarga
-Si dia tidak pernah malu dan sering mengajak anda bersama bila keluar bertemu kawan-kawannya.Dia juga sudi mengenalkan anda pada ahli keluarga mahupun saudara-maranya.Itu tanda si dia merasakan anda telah menjadi sebahagian dari diri dan hidupnya.Oleh itu dia tidak malu berkongsi apa saja yang baik dan membahagiakan dengan anda.


Andainya si dia memiliki 6 tanda-tanda diatas,pastinya anda tak perlu penasaran dan tertanya-tanya sendiri lagi.Jika anda pun memang menyukainya,tidak salah kiranya anda mula membangunkan ikatan dan membina cinta bersamanya.


sign.png (255×74)

kenali pasangan anda melalui cara makannya !

Posted by Mr Syahmi & Mrs Shahiera at 1:58 pm 0 00 berkongsi pendapat
salam.gif (482×90)

selamat berhujung minggu untuk semua readers..
ok khas untuk hari ini..
mrs. S telah pon merajin kan tangan unutk menaip entry..
yeaa!

bagi yang ada pasngan..
korang pernah tahu x??
melalui cara makan pasangan korang..korang boleh tahu serba sedikit tentang pasangan korang..
ok teruskan membaca~


1. Makan dengan Serius
Pasangan yang makan dengan serius bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu hilang daripada pandangan matanya. Jangan sampai tercekik masa makan dah la.. Selamat berbahagia :)

2. Merungut semasa makan
Makanan tak sedaplah, tak kena dengan taste la, kurang garamlah, kurang itu dan kurang ini. Apa saja yang dirasakan tak puas hati pasti akan diluahkan walaupun ia sangat merimaskan. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Pasangan kamu ini juga menunjukkan bahawa dia cepat cemburu.

3. Berborak sambil makan
Pasangan kamu syok sangat berbual sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak berkurang. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Selain itu, dia juga seorang yang berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. 

4. Tenang je masa makan
Suapannya sangat hati-hati taapi sikapnya itu buat kamu cepat bosan. Dia seolah-olah lebih berminat dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin pasangan itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. 

5. Makan dengan kerap
Tiap kali waktu makan je, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak dikejar. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis / jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Tengok saja tiap kali berjanji, pasti dia sampai tepat pada masanya. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap. 

6. Membelek makanan ketika makan
Pasangan anda lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu. Cara dia makan cukup teliti. Jangan risau, itu menunjukkan yang dia amat prihatin dalam apa jua yang dilakukan. Selain itu, dia memang sangat serius dengan kamu. Jadi jangan diragu kesetiaannya..

so pasangan korang dalam kategori yang mana??
jom share =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
 

Mr Syahmi & Mrs Shahiera for ever! Copyright © 2012 Design and Graphic by Mr Syahmi and Mrs Shahiera Template